Showing posts with label events. Show all posts
Showing posts with label events. Show all posts

Monday, October 31, 2011

Fashion Show Model Cilik kebaya ZARINA AYU



Pada Hari Perasmian Galeri Zarina Ayu yang lepas (15/10/2011), dapat offer buat Fashion Show utk KEBAYA ZARINA AYU....utk jabatan kerajaan di Nusajaya...ini merupakan peluang untuk mencungkil bakat2 si cilik sekaligus memperkenalkan KEBAYA ZARINA AYU kepada orang ramai....selain daripada fashion show, kami juga ada buat pameran jualan di perkarangan dewan tersebut.

Sepatutnya pada 28/10/2011 (Jumaat) tu, ada 4 model yang turut serta dalam fashion show ini.. 2 adalah duta ZARINA AYU...manakala 2 lagi adalah terpilih daripada photoshoot di studio kami...ramai jugak yang hantar email utk masukkan anak2 mereka dalam fashion show ni..tapi kebanyakannya jauh dari JB dan ada juga disebabkan kekangan kerja pada hari jumaat tu...Sudahnya...hanya 3 model cilik sahaja yang mewakili KEBAYA ZARINA AYU..

Kami diberitahu bahawa fashion show dalam jam 10:30 pagi...tapi ntah dimana silapnya...bengkel yang dianjurkan tak juga sudah2...akhirnya, model2 cilik ni terpaksa beraksi pada jam 12:30 tengahari...jenuh jugak melayan kerenah2 model2 cilik ni...tapi alhamdulillah...semuanya sporting dan hasilnya memberangsangkan...

Jom lah kita tgk gambar dulu :)


Seawal jam 7 pagi lagi dah bertolak dari rumah...
Sampai2 jer terus setting meja jualan dan make up kan model2 cilik ni..


Teruja sungguh model2 cilik ni bermake-up...
Yang pasti semua sporting !!!


3 model cilik telah siap make-up..
Seawal jam 10 pagi lagi dah siap..


Team ZARINA AYU COLLECTIONS..


Model2 cilik yang tak jemu2 practice catwalk kat perkarangan dewan..


Our New Product...kebaya lace..
Ramai yang TERANGKAT dengan kebaya lace kanak2 ni..
Siap ada yang dah booked awal2 lagi...


Model feveret (wink wink)


Sana sini situ kebaya ZARINA AYU


Of coz in kebaya!!!


Pilih-pilih mana yang berkenan..


Practise catwalk lagi!!!


Practice practice practice..


Lebih kurang jam 12:30 tengahari...fashion show bermula..
Masa ni photographer pulak pergi solat jumaat..
Huhuhu..maka hasilnya gambar tak berapa cantik..


Masing2 sporting on stage..


Model cilik feveret ni...
Dapat tepukan gemuruh...


Masa ni pengasas ZARINA AYU  tengah memberi sedikit penerangan mengenai rekaan2 kebaya yang ada serta kelebihan fabrik dan material yang diguna..


On the way turun stage tu...model2 cilik kena "tahan" sebab ada yang nak bergambar...
Memang menyerlah betul model2 cilik KEBAYA ZARINA AYU..

p/s: Bukan senang nak control mood kanak2 kecil ni on stage...dari awal lagi dah kena jaga mood2 diaorg ni tau...



Monday, October 17, 2011

Perasmian GALERI ZARINA AYU || Fashion show

Alhamdulillah..
Selamat sudah Majlis Perasmian Galeri ZARINA AYU COLLECTIONS yang diadakan pada 15/10/2011 lepas..
Terima kasih kepada semua yang menghadirkan diri..
Tidak kira kepada saudara mara dari jauh, jiran2, rakan2 blogger dan FB, kenalan baru, mahupun customer2 yang baru first time walk in hari tersebut.
Actually terlalu banyak momen2 dan kenangan2 yang dirakamkan oleh photographer kami pada hari tersebut..namun kami sajikan dulu para pembaca dengan gambar2 fashion show ni dulu yer..
Gambar lain akan menyusul kemudian..Insyallah..


DUTA KEBAYA ZARINA AYU
Walaupun selesema dan penat, tetap sporting memberi pose2 yang menarik..:)


Sulam Border Zarina Ayu edisi ibu


Chiffon Zarina Ayu edisi ibu


Dewasa: Chiffon Dwi Tone
Kanak2: Chiffon Zarina Ayu rebranding


Chiffon Dwi Tone


Kedua2 model memakai Sulam Border Zarina Ayu..
Yang dewasa edisi ibu


Dewasa: Chiffon Zarina Ayu edisi Ibu
Kanak2: Kebaya eksklusif Zarina Ayu


Si cilik memakai chiffon Zarina Ayu rebranding

Kedua-dua model memakai "kebaya nyonya ayu ayyunie"


Aksi2 si cilik di atas pentas...


Semasa majlis pelancaran "KEBAYA NYONYA AYU AYYUNIE"


p/s: Kita sambung gambar2 lain nanti yer..

Friday, October 7, 2011

Segmen "LENGGANG-LENGGOK IBU DAN ANAK"




Anda ibu yang Anggun??

Anak anda pandai bergaya???

Jom sertai Segmen "Lenggang-Lenggok Ibu dan Anak" pada majlis perasmian


Masa: 3.00 - 4.00 petang (sabtu - 15/10/2011)

Wow..salah satu aktiviti yang menarik utk si ibu dan anak...usah takut!! usah 

gentar!!! Si ibu dan anak hanya perlu memakai kebaya 

(bonus kalau pakai KEBAYA ZARINA AYU) 

dan beraksi di atas pentas dengan bersahaja!!

Jom hantar gambar si ibu dan anak (berusia 1-6 tahun sahaja) kepada email: 

ayuzarinacollection@yahoo.com dengan TAJUK EMAIL "LENGGANG-LENGGOK 

IBU DAN ANAK" sebelum 14hb oktober 2011. Sertakan sekali nama ibu, anak, 

tarikh lahir, alamat dan no tel.


Pemenang akan mendapat kebaya set edisi sedondon ibu dan anak!!

Jom cepat 
hantar gambar!!!

Monday, October 3, 2011

Jemputan Rasmi ke Majlis Perasmian Pejabat Urusan & Galeri ZARINA AYU COLLECTIONS


Kepada semua para pelanggan ZARINA AYU COLECTIONS dan juga peminat Fanpage Kebaya Zarina Ayu Collections..

Anda semua dijemput hadir ke Majlis Perasmian Pejabat Urusan & Galeri ZARINA AYU COLLECTIONS pada 15/10/2011 (sabtu) dari jam 12 tengahari hingga ke 6 petang.

Pelbagai stok baru dan warna2 baru utk pattern yang sedia ada dibuat utk digayakan kepada sicilik anda semua. Untuk para ibu juga,
 anda pasti tidak pulang dengan tangan kosong kerana Kebaya Nyonya Labuh bersulam serta kebaya edisi sedondon ibu dan anak pasti memukau para ibu yang suka kelihatan anggun.

Setiap pembelian RM200 keatas, anak anda layak utk mendapat Photoshoot percuma oleh team Khai Mohd Photography dan jangan lepaskan peluang ini.

Owhhh..kepada anak2 mereka yang suka posing dan bergaya, jangan juga lepaskan peluang masukkan anak anda dalam "PENCARIAN MODEL CILIK KEBAYA ZARINA AYU POPULAR"..Syarat-syarat serta borang pencarian boleh didapati di Galeri kami atau download. Para pemenang akan dapat duit cash dan juga KEBAYA ZARINA AYU!!!

Oleh itu jangan lepaskan peluang yang best ini. Anda semua dialu-alukan datang sama-sama memeriahkan Majlis Perasmian ini. 

~Happy Shopping with us~
ZARINA AYU - Ibu Anggun Anak Bergaya!!!