Saturday, November 5, 2011

Salam Aidiladha..

Salam Aidiladha diucapkan kepada semua pelanggan2 ZARINA AYU COLLECTIONS..
Tidak kira sama ada pelanggan2 dari online ataupun pelanggan2 walk in ke Galeri..
Begitu juga dengan sahabat handai serta keluarga2 di kampung...
Kepada yang balik kampung, berhati-hati di jalan raya..
Yang tidak balik kampung pula, jangan sedih-sedih kerana itulah pengorbanan yang mungkin terpaksa kita lakukan...
Kepada jemaah2 haji yang menunaikan Haji pada tahun ini, marilah sama2 kita doakan mereka agar pulang dengan Haji yang mabrur.



p/s: Galeri Zarina Ayu akan dibuka seperti biasa pada hari Selasa (8/11/2011).

Wednesday, November 2, 2011

Updated Pengedar: Melaka Tengah & Bandar Baru Bangi



Dah pos pagi tadi!!

Tahniah diucapkan kepada pengedar baru KEBAYA ZARINA AYU kawasan MELAKA TENGAH, Puan Azuin (012-6284943). Bagi warga Melaka atau yang berhampiran, boleh hubungi beliau untuk dapatkan stok KEBAYA ZARINA AYU.

Tahniah juga diucapkan kepada pengedar baru KEBAYA ZARINA AYU kawasan BANDAR BARU BANGI, Puan Nurhayati (019-3830225). Bagi warga Bangi, Kajang atau Putrajaya dan seangkatan dengannya, bolehlah hubungi beliau untuk dapatkan stok KEBAYA ZARINA AYU.

Terima kasih juga kepada kalian yang membuat pembelian secara online dari hari ke hari. Sokongan anda semua penting untuk meluaskan lagi pasaran KEBAYA ZARINA AYU sekaligus memelihara warisan KEBAYA kita...insyallah...amin amin..


Monday, October 31, 2011

Fashion Show Model Cilik kebaya ZARINA AYU



Pada Hari Perasmian Galeri Zarina Ayu yang lepas (15/10/2011), dapat offer buat Fashion Show utk KEBAYA ZARINA AYU....utk jabatan kerajaan di Nusajaya...ini merupakan peluang untuk mencungkil bakat2 si cilik sekaligus memperkenalkan KEBAYA ZARINA AYU kepada orang ramai....selain daripada fashion show, kami juga ada buat pameran jualan di perkarangan dewan tersebut.

Sepatutnya pada 28/10/2011 (Jumaat) tu, ada 4 model yang turut serta dalam fashion show ini.. 2 adalah duta ZARINA AYU...manakala 2 lagi adalah terpilih daripada photoshoot di studio kami...ramai jugak yang hantar email utk masukkan anak2 mereka dalam fashion show ni..tapi kebanyakannya jauh dari JB dan ada juga disebabkan kekangan kerja pada hari jumaat tu...Sudahnya...hanya 3 model cilik sahaja yang mewakili KEBAYA ZARINA AYU..

Kami diberitahu bahawa fashion show dalam jam 10:30 pagi...tapi ntah dimana silapnya...bengkel yang dianjurkan tak juga sudah2...akhirnya, model2 cilik ni terpaksa beraksi pada jam 12:30 tengahari...jenuh jugak melayan kerenah2 model2 cilik ni...tapi alhamdulillah...semuanya sporting dan hasilnya memberangsangkan...

Jom lah kita tgk gambar dulu :)


Seawal jam 7 pagi lagi dah bertolak dari rumah...
Sampai2 jer terus setting meja jualan dan make up kan model2 cilik ni..


Teruja sungguh model2 cilik ni bermake-up...
Yang pasti semua sporting !!!


3 model cilik telah siap make-up..
Seawal jam 10 pagi lagi dah siap..


Team ZARINA AYU COLLECTIONS..


Model2 cilik yang tak jemu2 practice catwalk kat perkarangan dewan..


Our New Product...kebaya lace..
Ramai yang TERANGKAT dengan kebaya lace kanak2 ni..
Siap ada yang dah booked awal2 lagi...


Model feveret (wink wink)


Sana sini situ kebaya ZARINA AYU


Of coz in kebaya!!!


Pilih-pilih mana yang berkenan..


Practise catwalk lagi!!!


Practice practice practice..


Lebih kurang jam 12:30 tengahari...fashion show bermula..
Masa ni photographer pulak pergi solat jumaat..
Huhuhu..maka hasilnya gambar tak berapa cantik..


Masing2 sporting on stage..


Model cilik feveret ni...
Dapat tepukan gemuruh...


Masa ni pengasas ZARINA AYU  tengah memberi sedikit penerangan mengenai rekaan2 kebaya yang ada serta kelebihan fabrik dan material yang diguna..


On the way turun stage tu...model2 cilik kena "tahan" sebab ada yang nak bergambar...
Memang menyerlah betul model2 cilik KEBAYA ZARINA AYU..

p/s: Bukan senang nak control mood kanak2 kecil ni on stage...dari awal lagi dah kena jaga mood2 diaorg ni tau...